Gunakan kotak terus dalam GarageBand pada Mac
Kotak terus (turut dikenali sebagai Kotak D.I.) ialah peranti yang digunakan di studio rakaman untuk menyambungkan output instrumen elektrik terus ke konsol pencampuran, tanpa menggunakan amplifier. Direct Box dalam Pereka Amp Bes dimodelkan pada unit Amerika yang termasyhur. Lihat Aliran isyarat Pereka Amp Bes dalam GarageBand pada Mac.
Tunjukkan kotak terus
Butang Direct Box: Lihat antara muka dan kawalan Direct Box. Klik butang Amp untuk menunjukkan antara muka dan kawalan Amp Bes.
Laraskan kawalan kotak terus
Tombol Galakkan: Setkan gandaan input Direct Box.
Butang Potongan HF: Aktifkan penapis laluan tinggi. Ini digunakan untuk mengurangkan hingar.
Tombol Nada: Setkan warna ton Direct Box. Setiap nombor mewakili lengkung EQ praset.
1: Lengkung EQ dengan skup -6 dB daripada 100 Hz hingga 10 kHz, paling menonjol sekitar 800 Hz. Sesuai untuk instrumen akustik dan tali, bes elektrik dan keyboard.
2: Lengkung EQ dengan takik berbentuk v -24 dB yang sangat menonjol daripada 100 Hz hingga 10 kHz, berpusat sekitar 800 Hz. Sesuai untuk gitar bes elektrik.
3: Lengkung EQ dengan skup -3 dB daripada 100 Hz hingga 10 kHz, paling menonjol sekitar 800 hingga 1200 Hz. Sesuai untuk akustik, tali, gitar elektrik dan bes serta keyboard.
4: Lengkung EQ dengan skup -3 dB daripada 1 kHz hingga 10 kHz, paling menonjol sekitar 8 kHz. Frekuensi antara 60 Hz dan 1 kHz mempunyai sedikit galakkan sebanyak 1 atau 2 dB di atas kesatuan. Frekuensi melebihi 10 kHz mempunyai galakkan +3 dB. Sesuai untuk akustik, tali, gitar elektrik dan bes serta keyboard.
5: Lengkung EQ curam yang meningkat daripada -24 dB pada 10 kHz hingga + 3 dB pada sekitar 900 Hz. Sesuai untuk gitar akustik dan elektrik.
6: Lengkung EQ curam yang meningkat daripada -24 dB pada 10 kHz hingga + 3 dB pada sekitar 900 Hz. Isyarat yang beranjak lebih kurang 6 dB antara 10 dan 20 kHz. Sesuai untuk gitar elektrik dan bes.
Butang Nada Aktif/Tidak Aktif: Aaktifkan atau nyahaktifkan kawalan nada.
Gelangsar Adunan: Seret untuk mendengar Direct Box sahaja atau selari dengan amplifier.
Butang Amp: Lihat antara muka dan kawalan Amp Bes. Klik butang Direct Box untuk melihat antara muka dan kawalan Direct Box.
Gunakan kotak terus sahaja (tanpa amp)
Seret gelangsar Adun sehingga ke hujung kanan.
Gunakan amp sahaja (tanpa kotak terus)
Seret gelangsar Adun sehingga ke hujung kiri.
Gunakan kotak terus dan amp secara serentak
Seret gelangsar Adun ke sebarang kedudukan tengah di antara pinggir kiri dan kanan.