Panduan Pengguna GarageBand
- Selamat Datang
-
- Apakah GarageBand?
- Buat asal dan buat semula pengeditan dalam GarageBand
- Dapatkan lebih banyak bunyi dan gelung
- Dapatkan bantuan
-
- Pengenalan kepada Editor
-
- Pengenalan kepada Editor Lembaran Piano
- Tambah not dalam Editor Lembaran Piano
- Edit not dalam Editor Lembaran Piano
- Kuantumkan pemasaan not dalam Editor Lembaran Piano
- Transposisi rantau dalam Editor Lembaran Piano
- Nama semula rantau MIDI dalam Editor Lembaran Piano
- Gunakan automasi dalam Editor Lembaran Piano
-
- Gambaran keseluruhan Smart Controls
- Jenis Smart Control
- Gunakan Pad Transformasi
- Gunakan Arpeggiator
- Tambah dan edit pemalam kesan
- Gunakan kesan pada trek induk
- Gunakan pemalam Audio Units
- Gunakan kesan EQ
- Bandingan Smart Control yang diedit dengan seting disimpannya
-
- Mainkan pelajaran
- Pilih sumber input untuk gitar anda
- Sesuaikan tetingkap pelajaran
- Lihat prestasi anda memainkan pelajaran
- Ukur kemajuan anda dari semasa ke semasa
- Perlahankan pelajaran
- Tukar campuran pelajaran
- Lihat tatatanda muzik berhalaman penuh
- Lihat topik glosari
- Berlatih kord gitar
- Tala gitar anda dalam pelajaran
- Buka pelajaran dalam tetingkap GarageBand
- Dapatkan pelajaran Belajar Bermain tambahan
- Jika pelajaran anda tidak selesai dimuat turun
- Pintasan Touch Bar
- Glosari
- Hak Cipta
Lihat trek sebagai tatatanda dalam GarageBand pada Mac
Editor Skor memaparkan rantau pada trek instrumen perisian sebagai tatatanda muzik, termasuk not, rehat, kunci dan tanda masa serta tanda klef. Garis bar menunjukkan pembahagian antara ukuran. Jurang antara rantau diisikan untuk memaparkan staf berterusan.
Lihat trek instrumen perisian dalam Editor Skor
Dalam GarageBand pada Mac, klik trek instrumen perisian, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Klik butang Editor dalam bar kawalan, kemudian klik Skor (atau Tekan N).
Pilih Paparan > Tunjukkan Editor, kemudian klik Skor.
Apabila satu atau lebih rantau dipilih, kawalan berikut muncul dalam pemeriksa Editor Skor (di sebelah kiri paparan skor):
Medan Nama Rantau: Edit nama bagi rantau yang dipilih.
Menu timbul Kuantum Masa (dengan gelangsar Kekuatan): Kuantumkan pemasaan not dalam rantau yang dipilih.
Gelangsar transposisi: Tukar pic bagi not dalam rantau yang dipilih.
Apabila not individu dalam rantau dipilih, kawalan berikut muncul dalam pemeriksa Editor Skor:
Menu timbul Masukkan: Pilih nilai not yang anda mahu masukkan.
Menu timbul Kuantum Masa: Kuantumkan pemasaan not yang dipilih.
Gelangsar kelajuan: Tukar nilai kelajuan not yang dipilih.
Gunakan menu timbul Grid yang terletak di bar menu Editor Skor untuk mengesetkan pengkuantuman visual not dalam Editor Skor, bebas daripada nilai Kuantum Masanya. Menu timbul Grid membolehkan anda mengesetkan nilai not minimum yang dipaparkan (contohnya, not ke-8) sambil mengekalkan perbezaan pemasaan yang lebih halus dalam not MIDI yang dirakam. Seting Grid digunakan pada keseluruhan trek dan mempengaruhi hanya paparan not, bukan main balik.