Pilih speaker untuk digunakan dalam iTunes pada PC
Selain mendengar speaker terbina dalam komputer, anda boleh mendengar audio iTunes melalui mana-mana daripada berikut:
Speaker disambungkan ke komputer anda dan sumber kuasa
Speaker jauh disambungkan ke AirPort Express
Peranti didayakan AirPlay, termasuk speaker HomePod dan HomePod mini atau rangkaian (sebagai contoh, Apple TV dimainkan melalui speaker TV)
Peranti Bluetooth, termasuk fon kepala wayarles seperti AirPods
Untuk maklumat mengenai penyambungan speaker ke komputer atau rangkaian anda, lihat dokumentasi untuk speaker.
Gunakan speaker yang disambungkan AirPort Express, Apple TV atau peranti didayakan AirPlay yang lain
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Klik di bahagian atas tetingkap iTunes, kemudian pilih kotak semak bersebelahan speaker yang anda mahu gunakan.
Anda boleh memilih lebih daripada satu kotak semak untuk memainkan muzik menerusi berbilang sumber.
Petua: Anda juga boleh menyambungkan speaker terus ke komputer anda. iTunes bermain menerusinya dan menyenyapkan speaker terbina dalam komputer.
Setkan kelantangan maksimum untuk speaker
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Klik , kemudian gunakan gelangsar kelantangan bersebelahan speaker.
Jika anda tidak dapat memilih speaker jauh anda
Jika anda menggunakan speaker yang disambungkan ke AirPort Express: Pastikan bahawa AirPort Express anda disambungkan dengan betul ke saluran kuasa yang berfungsi dan speaker jauh anda disambungkan dengan betul ke AirPort Express anda.
Jika anda menggunakan speaker yang disambungkan menggunakan rangkaian wayarles: Pastikan bahawa komputer anda berada dalam liputan rangkaian wayarles anda dan AirPort Express, Apple TV anda dan peranti didayakan AirPlay yang lain disambungkan ke rangkaian dan aktif. Buka menu status Wi-Fi dan pastikan rangkaian anda dipilih (mempunyai tanda semak bersebelahannya).
Jika anda menggunakan Apple TV: Pastikan bahawa Apple TV anda disambungkan dengan betul dan dipasangkan dengan pustaka iTunes yang anda gunakan.
Jika anda menggunakan HomePod atau HomePod mini: Pastikan HomePod atau HomePod mini anda diaktifkan dan disambungkan ke rangkaian Wi-Fi anda. Lihat artikel Sokongan Apple Jika HomePod atau HomePod mini tidak membalas.
Jika anda masih tidak dapat memilih speaker jauh anda atau memerlukan maklumat tentang menyediakan AirPort Express, Apple TV anda atau peranti didayakan AirPlay, lihat dokumentasi yang datang dengannya atau lawati Tapak web Dokumentasi Apple.
Jika terdapat masalah dengan peranti AirPlay
Jika butang AirPlay berubah , terdapat masalah dengan peranti AirPlay.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Klik di bahagian atas tetingkap iTunes untuk membuka menu AirPlay, kemudian semak ikon bersebelahan peranti.
atau : Anda perlu memasukkan kata laluan untuk bersambung ke speaker atau TV.
: Peranti menghadapi ralat.
: Anda telah memilih peranti namun belum memasukkan kata laluannya.