Hadkan kandungan eksplisit dalam iTunes pada PC
Anda boleh mengehadkan akses kepada kandungan eksplisit dalam iTunes Store. Untuk menukar seting akses, anda harus menjadi pentadbir komputer anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Pengehadan.
Jika anda tidak dapat membuat perubahan, klik kunci dan taipkan kata laluan pentadbir anda.
Untuk menyekat akses kepada ciri tertentu pada iTunes, pilih satu atau lebih kotak semak dalam bahagian Nyahdayakan.
Jika anda mahu setkan kelayakan untuk kedai di negara atau rantau berlainan, pilihnya daripada menu timbul “Penilaian untuk”.
Pilih satu atau lebih kotak semak dalam bahagian Hadkan.
Pengehadan yang tersedia bergantung pada kedai yang anda gunakan. Di iTunes Store A.S., anda boleh menghalang sesiapa sahaja yang menggunakan komputer anda daripada mempratonton atau membeli:
Item dengan Label Nasihat Ibu Bapa (daripada Tapak web Recording Industry Association of America)
Filem tanpa penilaian tertentu (daripada Motion Picture Association of America)
Rancangan TV tanpa penilaian tertentu (daripada TV Parental Guidelines Monitoring Board)
Buku dengan kandungan eksplisit
Klik kunci.
Pastikan anda melindungi kata laluan anda. Sesiapa sahaja yang tahu kata laluan pentadbir untuk komputer anda boleh menukar seting akses.