Cara untuk menambah item ke iTunes pada PC
Anda boleh menambahkan muzik, video dan item lain pada iTunes. Selepas anda menambah kandungan, anda boleh menyusun, menonton dan mendengarnya, menambahnya pada peranti mudah alih, berkongsinya dengan orang lain, membakar CD dan banyak lagi.
Terdapat beberapa cara untuk menambah kandungan:
Mainkan dan muat turun lagu dan video tanpa had dengan Apple Music.
Beli, muat turun, atau sewa muzik, video, podcast dan banyak lagi daripada iTunes Store.
Import audio daripada CD.
Muat turun muzik dan video daripada iCloud.
Import muzik dan video yang telah wujud pada komputer anda.
Import item daripada pustaka iTunes lain pada rangkaian tempatan anda menggunakan Perkongsian Rumah.
Pindahkan pembelian iTunes Store daripada peranti mudah alih.
Import lagu dan podcast daripada Internet.
Tambah item daripada app lain menggunakan folder Tambah Secara Automatik ke iTunes.
Secara lalai, apabila anda menambahkan item pada iTunes, fail untuk item tersebut diletakkan dalam folder ini:
Muzik\iTunes\iTunes Media
Anda boleh menukar tempat fail yang diimport disimpan.