Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah sijil pada rantai kunci menggunakan Akses Rantai Kunci pada Mac
Fail sijil boleh dikongsi di antara komputer. Anda boleh menambah sijil kepada rantai kunci anda untuk akses cepat kepada tapak web dan sumber lain dengan selamat.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih rantai kunci log masuk atau Sistem.
Seret fail sijil kepada app Akses Rantai Kunci.
Jika anda diminta untuk membekalkan nama dan kata laluan, taip nama dan kata laluan untuk pengguna pentadbir pada komputer ini.