Keluarkan sijil baru dalam Akses Rantai Kunci pada Mac
Jika anda mencipta autoriti sijil anda sendiri, anda boleh mengeluarkan sijil menggunakan Pembantu Sijil dalam Akses Rantai Kunci.
Sebagai CA, sebelum anda boleh mengeluarkan sijil baru, sesiapa sahaja yang meminta sijil mesti membuat permintaan tandatangan sijil (CSR) dan hantarkannya kepada anda melalui e-mel. CSR boleh dicipta menggunakan Pembantu Sijil dalam Akses Rantai Kunci. CSR dicipta oleh Pembantu Sijil mempunyai sambungan fail .certSigningRequest.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih Akses Rantai Kunci > Pembantu Sijil > Buka.
Pilih fail CSR yang anda terima.
Untuk menentukan maklumat dalam sijil secara manual seperti sambungan dan penyulitan, klik “Benarkan saya menggantikan lalai,” kemudian ikut arahan.
Jika anda mempunyai soalan ketika mencipta sijil anda, klik Ketahui Lanjut.