Gunakan teks biasa atau beraneka dalam e-mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh memilih untuk menghantar mesej e-mel dalam format teks biasa atau teks beraneka (HTML).
Dalam app Mail pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut dalam mesej anda:
Pilih Format > Jadikan Teks Biasa (hanya tersedia apabila format semasa ialah teks beraneka). Format teks biasa tidak termasuk pemformatan (seperti tebal atau italik) atau item seperti jadual dan imej, tetapi boleh dibaca untuk semua penerima.
Pilih Format > Jadikan Teks Beraneka (hanya tersedia apabila format semasa ialah teks biasa). Format teks beraneka (HTML) boleh termasuk pemformatan, jadual dan imej, tetapi mungkin tidak boleh dibaca oleh sesetengah penerima.
Untuk menggunakan format yang sama bagi semua mesej anda, pilih Mail > Keutamaan, klik Mengarang, kemudian pilih format mesej. Jika anda mahu menggunakan format berlainan untuk balasan, pilih ”Gunakan format mesej yang sama seperti mesej asal.”