Hantar mesej audio dalam Mesej pada Mac
Anda boleh merakam mesej audio dengan cepat dan hantarkannya kepada rakan berbanding menaip mesej anda. Rakan anda boleh memainkan rakaman terus dalam tetingkap Mesej.
Jika anda mahu membuat panggilan audio berbanding menghantar mesej, lihat Buat panggilan audio FaceTime.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan, kemudian klik butang Rakam Audio untuk merakam mesej.
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Jika anda dihadkan untuk menghantar dan menerima mesej dengan hanya orang tertentu, ikon jam pasir muncul bersebelahan orang yang anda tidak boleh menghantar teks.
Untuk menyelesaikan rakaman, klik butang Berhenti .
Untuk menyemak mesej sebelum anda menghantarnya, klik butang Main .
Apabila anda bersedia untuk menghantarnya, klik butang Hantar .
Selepas anda menghantar mesej audio, ia akan hilang dari tetingkap Mesej anda selepas 2 minit. Penerima masih boleh memainkan mesej audio anda. Untuk mengekalkan mesej audio dalam tetingkap Mesej anda, klik Simpan.