Kongsi nama dan foto anda dalam Mesej pada Mac
Dengan macOS Big Sur, anda boleh berkongsi nama dan foto anda dengan orang yang anda pilh. Gunakan foto tersuai atau Memoji untuk menambah personaliti anda kepada setiap mesej yang anda hantar.
Sediakan perkongsian nama dan foto anda
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilih “Sediakan Perkongsian Nama dan Foto”, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menyesuaikan yang berikut:
Foto: Pilih item lalai, atau pilih Sesuaikan untuk memilih foto, emoji, monogram, atau Memoji diperibadikan.
Nota: Anda boleh memilih untuk menggunakan imej yang dikemas kini ini di mana-mana pada Mac anda, seperti untuk Apple ID anda atau foto Kenalan.
Nama: Masukkan nama anda seperti yang anda mahu ia dipaparkan.
Kongsi Secara Automatik: Klik menu timbul untuk berkongsi nama dan foto anda dengan kenalan anda secara automatik. Sebagai pilihan, anda boleh memilih untuk membuatkan Mesej menggesa anda sebelum nama dan foto anda dikongsi dalam perbualan baru, seperti ini:
Nota: Walaupun anda berkongsi nama dan foto anda secara automatik, kenalan anda masih perlu bersetuju untuk mengemas kini nama dan foto anda dalam kad kenalan anda dalam app Kenalan.
Klik Selesai.
Tukar orang yang anda berkongsi nama dan foto anda
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Klik menu timbul Kongsi Secara Automatik, kemudian pilih satu daripada berikut:
Kenalan Sahaja: Ini berkongsi nama dan foto anda dalam perbualan dengan kenalan anda secara automatik.
Sentiasa Tanya: Mesej menggesa anda untuk setiap perbualan, mengesahkan yang anda mahu berkongsi nama dan foto anda.
Nota: Walaupun anda berkongsi nama dan foto anda secara automatik, kenalan anda masih perlu bersetuju untuk mengemas kini nama dan foto anda dalam kad kenalan anda dalam app Kenalan.
Henti berkongsi nama dan foto anda
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Nyahpilih pilihan “Kongsi Nama dan Foto”.
Klik Henti Berkongsi.
Ini menghalang nama dan foto anda daripada dikongsi dalam Mesej. Anda boleh menyediakan perkongsian lagi pada bila-bila masa.
Jika anda dan rakan anda tidak berkongsi foto atau Memoji (dalam macOS Big Sur), atau rakan anda menggunakan macOS 10.15 atau lebih lama, mereka melihat gambar anda yang mereka miliki dalam app Kenalan mereka dan anda melihat gambar mereka yang anda miliki dalam app Kenalan anda.