Cari dan kongsi kata laluan Wi-Fi anda pada Mac
Anda boleh menemui kata laluan rangkaian Wi-Fi yang anda sedang gunakan dan melihat semua rangkaian Wi-Fi dan kata laluan yang anda simpan sebelum ini. Anda boleh berkongsi kata laluan rangkaian Wi-Fi yang anda sedang gunakan dengan rakan atau ahli keluarga berdekatan.
Cari kata laluan Wi-Fi
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik Wi-Fi dalam bar sisi.
Jika anda bersambung ke rangkaian Wi-Fi, namanya kelihatan di bahagian atas skrin. Anda juga boleh melihat semua rangkaian Wi-Fi yang anda simpan sebelum ini.
Jika anda tidak melihat Wi-Fi, klik .
Pilih rangkaian Wi-Fi.
Tempatkan penuding ke atas siri titik bersebelahan Kata Laluan.
Untuk menyalin kata laluan bagi digunakan di tempat lain, klik siri titik, kemudian pilih Salin Kata Laluan.
Kongsi kata laluan rangkaian Wi-Fi anda dengan rakan atau ahli keluarga berdekatan
Pastikan Mac anda (yang berkongsi kata laluan) dibuka kunci dan bersambung ke rangkaian Wi-Fi.
Buatkan rakan atau ahli keluarga anda pergi ke seting Wi-Fi pada iPhone, iPad atau Mac mereka, kemudian pilih rangkaian.
Apabila mesej bertanya jika anda mahu berkongsi kata laluan Wi-Fi anda, klik Kongsi Kata Laluan.
Nota: Untuk berkongsi kata laluan rangkaian Wi-Fi anda, peranti mestilah berada dalam liputan Bluetooth dan Wi-Fi, tidak menggunakan Hotspot Peribadi dan ditambahkan ke kenalan satu sama lain.
Anda juga boleh pergi ke rangkaian Wi-Fi dalam Kata Laluan dan mengklik Tunjukkan Kod QR Rangkaian, yang rakan dan keluarga boleh mengimbas untuk menyertai rangkaian.