Tapis pustaka foto anda untuk menunjukkan item khusus pada Mac
Anda boleh menapis item dalam pustaka anda atau sebarang koleksi dengan cepat untuk menunjukkan foto khusus—sebagai contoh, hanya foto yang anda edit atau tetapkan kata kunci.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Dalam bar sisi, klik Pustaka.
Klik menu timbul Tapis Ikut, kemudian pilih satu daripada berikut:
Jenis item yang anda mahu lihat (Kegemaran, Diedit, Foto, Video, Dikongsi)
Kata kunci yang dikaitkan dengan foto anda
Sebarang kata kunci yang anda telah seret ke kawasan Kumpulan Cepat pada Pengurus Kata Kunci kelihatan dalam menu timbul Tapis Ikut. Pilih kata kunci untuk memaparkan item dengan kata kunci tersebut. Untuk mengurus senarai kata kunci anda, lihat Tambah kata kunci.
Anda boleh memilih berbilang item daripada menu timbul Tapis Ikut untuk memaparkan item yang anda mahu lihat sahaja.