Gambaran keseluruhan mengimport foto dan video pada Mac
Import foto dan video anda ke dalam pustaka foto anda supaya anda boleh mengatur dan mengeditnya dengan Foto. Anda boleh import foto dan video dalam pelbagai cara:
Gunakan Foto iCloud: Aktifkan Foto iCloud pada Mac dan peranti lain anda untuk melihat seluruh pustaka anda pada semua peranti Apple anda.
Import daripada kamera atau telefon: Sambungkan kamera, iPhone, iPad atau peranti mudah alih lain ke Mac anda, serta import foto dan video daripada peranti.
Import daripada peranti storan dan DVD: Import foto dan video yang disimpan pada cakera keras atau peranti storan lain.
Import daripada Mail, Safari dan app lain: Import foto dan video yang dihantar kepada anda dalam e-mel atau mesej teks, atau dimuat turun daripada Safari.
Secara lalai, foto dan video yang diimport disalin dalam pustaka foto dalam folder Gambar pada Mac anda. Jika anda suka, anda boleh menyimpan foto dan video di luar pustaka foto—sebagai contoh, dalam folder berbeza pada Mac anda atau pada pemacu keras luaran. Lihat Tukar tempat foto dan video disimpan.