Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pilih dan salin teks dalam PDF
Anda boleh memilih dan menyalin teks dari PDF yang dibuka dalam Pratonton, kemudian tampalnya ke dalam dokumen lain seperti mesej emel atau dokumen teks.
Jika bar alat Penanda tidak ditunjukkan, klik butang Tunjukkan Bar Alat Penanda , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Salin teks: Klik butang Pilihan Teks , seret ke atas teks, kemudian pilih Edit > Salin.
Salin sebahagian daripada teks secara menegak: Klik butang Pilihan Teks , tahan terus kekunci Option sambil anda memilih teks, kemudian pilih Edit > Salin. (Ini berguna untuk menyalin lajur dalam jadual.)
Salin sebahagian daripada halaman sebagai imej grafik: Klik butang Pilihan Segi Empat Tepat , seret ke atas bahagian halaman, kemudian pilih Edit > Salin.