Pangkas atau putar PDF
Anda boleh memangkas halaman untuk sembunyikan kandungan, atau putarkannya untuk mengubah orientasinya.
Pangkas PDF
Untuk memangkas PDF, anda perlu memilih kawasan untuk disimpan terlebih dahulu dan kemudian buang yang selebihnya. Jika anda mahu lihat dimensi kandungan yang anda sedang pilih, pilih Alat > Tunjukkan Pemeriksa, kemudian klik butang Pemeriksa Pangkas dan pilih unit pengukuran yang dipaparkan dalam tetingkap Pemeriksa Pangkas.
Jika bar alat Penanda tidak ditunjukkan, klik butang Tunjukkan Bar Alat Penanda , kemudian klik butang Pilihan Segi Empat .
Pilih bahagian halaman yang anda mahu simpan.
Klik butang Pangkas dalam bar alat Penanda (atau gunakan Touch Bar).
Nota: Untuk buat asal pangkas serta merta, pilih Edit > Buat Asal Pangkas. Untuk buat asal pangkas kemudian, kembali ke versi sebelum dipangkas. Pilih Fail > Kembali Ke > Semak Imbas Semua Versi, kemudian semak imbas semua versi untuk mengembalikan yang mana anda mahu.
Putar PDF
Pusing satu halaman: Klik butang Putar (atau gunakan Touch Bar).
Pusing beberapa halaman sekaligus: Pilih Lihat > Imej Kecil atau Lihat > Helaian Kenalan, pilih halaman untuk diputar, kemudian klik butang Putar .