Selesaikan masalah Safari pada Mac
Jika anda mempunyai masalah pelayaran web, cuba cadangan yang disenaraikan di bawah.
Halaman web tidak muncul
Semak sambungan Internet anda.
Cuba bekerja dengan aplikasi lain yang menggunakan Internet, seperti Mail.
Pastikan kabel disambungkan dan peranti rangkaian anda (seperti penghala) diaktifkan.
Masalah membuka halaman web
Jika komputer anda disambungkan ke Internet tetapi anda masih menghadapi masalah, tunggu beberapa minit, kemudian cuba lagi untuk melihat halaman web.
Untuk bantuan selanjutnya, lihat:
Jika anda tidak boleh membuka tapak web dalam Safari pada Mac
Jika anda tidak boleh membuka tetingkap Safari pada Mac
Jika pengguna tidak boleh membuka halaman web disulitkan dalam Safari pada Mac
Halaman web tidak teratur atau susah untuk dibaca
Jika halaman web kelihatan tidak teratur atau tidak lengkap, atau teks terlalu kecil, anda mungkin perlu menukar keutamaan Safari. Untuk bantuan selanjutnya, lihat:
Jika teks halaman web mempunyai aksara ganjil atau luar biasa dalam Safari pada Mac
Jika ciri pada halaman web tidak berfungsi dalam Safari pada Mac
Jika anda tidak melihat imej pada halaman web dalam Safari pada Mac
Carian tidak berkesan
Jika carian web anda tidak mencari apa yang anda mahu, anda boleh memperbaiki hasil carian anda dengan terma carian yang betul.
Isi Auto tidak berfungsi
Ciri Isi Auto Safari ingat maklumat yang anda gunakan untuk mengisi borang pada halaman web. Jika Isi Auto tidak berfungsi dalam Safari pada Mac, anda mungkin perlu menukar pilihan Isi Auto dalam keutamaan Safari.
Masalah memuat turun fail
Klik butang Tunjukkan Muat Turun dalam bar alat untuk melihat status item yang sedang dimuat turun.
Jika muat turun dijedakan, klik butang Teruskan bersebelahan fail dalam senarai.
Untuk mendedahkan fail dimuat turun dalam Finder , klik kanta pembesar di sebelah kanan namanya dalam senarai muat turun.
Untuk penyelesaian kepada masalah memuat turun yang lain, lihat Jika anda tidak boleh memuat turun item daripada web menggunakan Safari pada Mac.