Sekat tetingkap timbul dalam Safari pada Mac
Anda boleh menghalang halaman web daripada memaparkan tetingkap timbul.
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Safari > Keutamaan, kemudian klik Tapak Web.
Klik Tetingkap Timbul.
Sekat tetingkap timbul untuk:
Tapak web dalam senarai: Pilih tapak web dalam lajur kanan, kemudian pilih pilihan yang anda mahu.
Semua tapak web yang tidak disesuaikan sekarang: Klik menu timbul “Apabila melawat tapak web lain” di penjuru kanan bawah anak tetingkap, kemudian pilih pilihan yang anda mahu.
Anda boleh melihat semua tapak web yang anda sesuaikan di bawah Tapak Web Dikonfigurasi. Jika anda tidak melihat Tapak Web Dikonfigurasi, sama ada anda belum menyesuaikan tapak web, atau anda telah mengosongkan senarai. Untuk mengkonfigurasikan tapak web, lihat Tukar keutamaan Tapak Web.
Semua tapak web: Pastikan tiada tapak web disenaraikan di bawah Tapak Web Dikonfigurasi (untuk mengosongkan senarai dengan cepat, pilih tapak web, kemudian pilih Keluarkan). Klik menu timbul “Apabila melawat tapak web lain”, kemudian pilih pilihan yang anda mahu.
Jika anda memilih Sekat dan Beritahu untuk tetingkap timbul pada tapak web, klik ikon dalam medan Carian Pintar untuk memaparkan tetingkap timbul.
Nota: Menyekat tetingkap timbul mungkin juga menyekat sesetengah kandungan yang anda mahu lihat.