Jalankan pintasan dalam mod tidur sebelum tidur
Apabila anda mengeset jadual tidur dalam app Kesihatan, anda boleh menjalankan pintasan daripada Skrin Kunci peranti anda ketika anda bersedia untuk tidur. Sebagai contoh, anda boleh menjalankan pintasan mod tidur untuk mencipta entri dalam jurnal anda, menyemak kalendar anda untuk menyediakan diri untuk hari esok, menghantar mesej selamat malam dan membaca buku kegemaran anda.
Apabila peranti anda berada dalam mod tidur yang dijadualkan, anda menjalankan pintasan mod tidur dengan mengetik pintasan dalam Skrin Kunci. Anda juga boleh menggunakan pencetus peristiwa untuk menjalankan pintasan secara automatik apabila anda masuk tidur, berada dia atas katil, atau dibangunkan oleh penggera.
Tambah pintasan ke mod tidur Skrin Kunci
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintsan, ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik untuk membuka Butiran.
Petua: Untuk mengakses Panduan Pengguna Pintasan, ketik Bantuan Pintasan.
Aktifkan Tunjukkan dalam Mod Tidur.
Ketik Selesai.
Untuk melihat semua pintasan yang ditunjukkan pada Skrin Kunci semasa mod tidur, ketik Pintasan di penjuru kiri atas, kemudian ketik Mod Tidur.
Jalankan pintasan semasa mod tidur
Pintasan mod tidur dipaparkan pada skrin Kunci hanya semasa mod tidur. Anda boleh menjadualkan mod tidur dalam app Kesihatan, atau mengaktifkan mod tidur secara manual dalam Pusat Kawalan.
Pada Skrin Utama peranti anda, ketik Pintasan.
Ketik Pintasan yang anda mahu jalankan.
Keluarkan pintasan daripada mod tidur Skrin Kunci
Dalam Pintasan Saya dalam app Pintsan, ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik untuk membuka Butiran.
Petua: Untuk mengakses Panduan Pengguna Pintasan, ketik Bantuan Pintasan.
Nyahaktifkan Tunjukkan dalam Mod Tidur.
Ketik Selesai.