Panduan Pengguna Pintasan
- Selamat Datang
-
- Sekali imbas Pintasan
-
- Jalankan pintasan daripada app
- Jalankan pintasan dengan Siri
- Jalankan pintasan yang dicadangkan
- Jalankan pintasan daripada widget Skrin Utama
- Jalankan pintasan daripada skrin Carian
- Jalankan pintasan daripada Skrin Utama
- Jalankan pintasan dalam mod tidur
- Lancarkan pintasan daripada app lain
- Jalankan pintasan daripada Apple Watch

Pengenalan kepada automasi peribadi
Automasi peribadi menyediakan cara untuk menjalankan tindakan berdasarkan peristiwa seperti masa dalam hari, ketibaan di lokasi, atau pembukaan app. Pintasan biasa memerlukan anda menjalankannya daripada app Pintasan, widget Pintasan, atau helaian kongsi, sementara tindakan automasi peribadi menggunakan pencetus peristiwa, pencetus perjalanan, pencetus komunikasi, atau pencetus seting untuk dijalankan.

Selepas anda mencipta automasi peribadi baru, apabila peristiwa berlaku, anda akan menerima pemberitahuan yang meminta anda menjalankan automasi. Anda juga boleh mengedit automasi peribadi untuk berjalan tanpa diminta.
Automasi peribadi adalah khusus untuk peranti. Automasi akan disandarkan ke iCloud tetapi tidak akan diselaraskan dengan peranti lain.