Menguji tindakan anda dalam Pintasan pada iPhone atau iPad
Menyusun tindakan dalam jujukan yang bermakna ialah kunci untuk membina pintasan yang berjaya. Namun begitu apabila anda menambah jujukan tindakan dan menguji pintasan, anda mungkin mendapati bahawa hasilnya bukan seperti yang anda jangkakan, atau anda mungkin menghadapi ralat.
Mengetahui jujukan yang betul untuk matlamat anda mungkin akan memerlukan eksperimen dan ujian yang kerap.
Petua: Semasa anda membina pintasan, menambah tindakan Lihat Cepat antara tindakan anda mungkin dapat membantu. Apabila anda menjalankan pintasan, tindakan Lihat Cepat membantu anda mengenal pasti kandungan (seperti teks atau imej) yang mengalir antara tindakan. Ini membenarkan anda mengesan dan mengelakkan isu atau mesej ralat yang mungkin muncul dalam langkah seterusnya dalam pintasan.