Navigasi senarai tindakan dalam Pintasan pada iPhone atau iPad
Tindakan ialah asas pembentukan pintasan. Semasa anda menambah tindakan ke pintasan tersuai, anda boleh melihat maklumat tentang setiap tindakan, mengisih senarai tindakan tersedia mengikut kategori atau istilah carian dan mencipta tindakan kegemaran untuk digunakan pada masa akan datang. Kerana banyak tindakan menggunakan app lain pada peranti, anda juga boleh melihat tindakan diisih mengikut app yang digunakan.
Semasa anda membina pintasan, app Pintasan meramalkan tindakan yang anda mungkin akan gunakan seterusnya. Contohnya, jika tindakan terakhir ialah tindakan Kenalan, app mencadangkan tindakan seperti Panggil atau FaceTime. Dalam pintasan yang berakhir dengan tindakan Dapatkan Lagu Semasa, senarai mencadangkan tindakan seperti Tambah Ke Senarai Main atau Dapatkan Butiran Muzik.
Nota: Tindakan yang menggunakan app lain pada peranti anda untuk menyelesaikan tugasan mungkin memerlukan anda memberikan keizinan dengan mengetik Benarkan Akses dalam editor pintasan.
Lihat semua tindakan dalam kategori khusus
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan.
Dalam editor pintasan, ketik untuk memaparkan senarai kategori tindakan.
Ketik nama kategori (contohnya Media atau Web).
Semua tindakan yang berkaitan dengan kategori yang anda pilih muncul dalam senarai, disusun mengikut subkategori.
Lihat maklumat tentang tindakan
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan.
Dalam editor pintasan, ketik untuk memaparkan senarai kategori tindakan.
Ketik kategori tindakan dalam senarai, kemudian ketik untuk tindakan khusus.
Perihalan ringkas tindakan muncul, termasuk jenis kandungan yang boleh digunakan sebagai input (jika ada) dan output yang terhasil. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang input dan output, lihat Pengenalan kepada cara pintasan berfungsi pada iPhone dan iPad.
Petua: Sebaik sahaja tindakan ditempatkan dalam pintasan, anda boleh mengetik ikon tindakan, kemudian ketik Tunjukkan Info untuk memaparkan perihalan tindakan.
Cari senarai tindakan
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan.
Dalam editor pintasan, ketik untuk memaparkan senarai kategori tindakan.
Masukkan istilah dalam medan carian.
Senarai diisih untuk menunjukkan tindakan yang mengandungi istilah carian serta app yang digunakan oleh tindakan tersebut. Cuba cari dapatkan, cari, atau tambah untuk meneroka pelbagai tindakan merentas berbilang kategori. Anda juga boleh mencari topik khusus seperti muzik atau peristiwa, atau untuk app dan perkhidmatan yang anda gunakan.
Lihat semua tindakan tersedia untuk app
Semasa anda membina pintasan tersuai atau mengubah suai pintasan sedia ada, anda boleh mengisih senarai tindakan tersedia mengikut nama app dengan mudah—sebagai contoh, untuk melihat semua tindakan yang menggunakan app Safari.
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan.
Dalam editor pintasan, ketik untuk memaparkan senarai kategori tindakan.
Ketik App.
Ketik nama app.
Semua tindakan yang berkaitan dengan app yang anda pilih kelihatan dalam senarai.
Lihat tindakan yang dicadangkan Siri
Cadangan Siri muncul dalam senarai tindakan dan adalah berdasarkan cara anda menggunakan peranti anda.
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan.
Dalam editor pintasan, ketik untuk memaparkan senarai kategori tindakan.
Skrol ke bawah untuk melihat cadangan berdasarkan cara anda menggunakan peranti anda.
Tindakan yang dicadangkan Siri muncul dalam senarai.
Ketik untuk memaparkan perihalan tindakan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menambah pintasan ke Siri, lihat Jalankan pintasan dicadangkan pada iPhone atau iPad dan Gunakan Siri untuk menjalankan pintasan dengan suara anda.
Tandakan tindakan sebagai kegemaran
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, lakukan satu daripada yang berikut:
Dalam editor pintasan: Ketik ikon pada tindakan yang anda mahu tandakan sebagai kegemaran, kemudian ketik Kegemaran.
Dalam senarai tindakan: Ketik pada tindakan yang anda mahu tandakan sebagai kegemaran, kemudian ketik Tambah sebagai Kegemaran.
Tindakan ditambah ke kategori tindakan Kegemaran.
Lihat tindakan kegemaran
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan.
Dalam editor pintasan, ketik untuk memaparkan senarai kategori tindakan.
Ketik Kegemaran.
Tindakan yang anda tandakan sebagai kegemaran sebelum ini muncul dalam senarai.