Kongsi pintasan
Anda boleh berkongsi pintasan anda dengan pelbagai cara.
Kongsi pustaka daripada editor pintasan
Dalam Pustaka app Pintasan, ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik .
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Kongsi pintasan sebagai fail .shortcut: Ketik pilihan, seperti Mail, Tambah ke Nota, atau Kongsi sebagai Fail, kemudian ikuti sebarang arahan tambahan atas skrin.
Fail .shortcut mengandungi maklumat tentang pintasan anda, seperti tindakannya dan susunannya. Ini berguna untuk berkongsi menerusi iCloud, e-mel, atau untuk menyandarkan pintasan secara luaran dalam app pihak ketiga.
Kongsi sebarang fail .shortcut ke iCloud Drive: Ketik Kongsi sebagai Fail, ketik Simpan ke Fail, kemudian ikuti sebarang arahan tambahan atas skrin.
Kongsi pintasan sebagai pautan: Ketik Salin Pautan iCloud, kemudian ketik Salin Pautan.
Pautan ke pintasan disalin ke papan klip anda.
Nota: Pintasan mesti diaktifkan dalam Seting iCloud untuk berkongsi pintasan sebagai pautan.
Kongsi pintasan ke skrin Utama anda: Ketik Tambah ke Skrin Utama.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Jalankan pintasan daripada skrin Utama iOS.
Kongsi pintasan dengan AirDrop: Ketik nama pengguna AirDrop berdekatan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi fail menggunakan AirDrop pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.
Salin pintasan: Ketik Kongsi sebagai Fail, ketik Salin, kemudian tampal pintasan ke dalam app perkongsian, seperti Mail.
Kongsi pintasan daripada Pustaka
Pada iPhone yang menyokong 3D Touch, tekan pintasan dalam Pustaka app Pintasan, leret ke atas, ketik Kongsi, kemudian ketik pilihan, seperti Mail, Tambah ke Nota, atau Simpan ke Fail.
Kongsi pintasan daripada Seting
Dalam Pustaka app Pintasan, ketik pada pintasan untuk membukanya, kemudian ketik untuk membuka Seting.
Ketik Kongsi Pintasan, kemudian ketik pilihan, seperti Mail, Tambah ke Nota, atau Simpan ke Fail.