Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar seting dalam Memo Suara pada Mac
Gunakan seting Memo Suara untuk menukar pilihan bagi rakaman yang dipadamkan, kualiti audio dan penamaan.
Dalam app Memo Suara pada Mac anda, pilih Memo Suara > Seting.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kosongkan Memo Dipadam | Pilih tempoh masa untuk menyimpan rakaman dalam folder Terbaru Dipadam. Sebagai contoh, jika anda memilih Selepas 7 Hari, rakaman anda tersedia dalam folder selama 7 hari. Selepas itu, Memo Suara mengeluarkannya. Lihat Padam rakaman. | ||||||||||
Kualiti Audio | Pilih sama ada Dimampatkan (untuk fail lebih kecil, berkualiti rendah) atau Lossless (untuk fail lebih besar, berkualiti tinggi). | ||||||||||
Penamaan Berdasarkan Lokasi | Buat rakaman dinamakan berdasarkan lokasi anda secara automatik. Lihat Kawal akses ke lokasi Mac anda. |