Aliran kerja peranti dalam Apple School Manager
Apple School Manager memberikan cara yang cepat dan diperkemas untuk anda mengerahkan peranti Apple yang telah dibeli oleh organisasi anda secara langsung daripada Apple, Penjual Semula Berdaftar Apple yang mengambil bahagian atau pembawa selular berdaftar. Anda boleh mendaftarkan peranti secara automatik dalam penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) anda tanpa perlu menyentuh atau menyediakan peranti secara fizikal sebelum pengguna mendapatkannya. Dan dengan penyelesaian MDM anda, anda dapat mempermudahkan proses persediaan untuk pengguna dengan mengeluarkan langkah‑langkah tertentu dalam Pembantu Persediaan, agar pengguna dapat bermula dengan cepat.
Selepas anda mendaftar untuk Apple School Manager, anda mempunyai 4 langkah untuk dilengkapkan sebelum anda boleh mula mengurus peranti.
Lihat Panduan Pengerahan untuk iPad dan Mac dalam pendidikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengerahan peranti Apple dengan berjaya di persekitaran pembelajaran anda untuk kedua‑dua pengerahan satu dengan satu dan bersama.
Langkah 1: Pautkan kepada Apple atau kepada penjual semula yang mengambil bahagian
Jika anda memautkan Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula anda kepada Apple School Manager, selepas pemautan selesai, mana-mana tempahan peranti berikut akan muncul secara automatik dalam Apple School Manager: iPhone, iPad, Mac, Apple TV, Apple Watch, Apple Vision Pro. Lihat Urus pembekal peranti.
Langkah 2: Pautkan ke penyelesaian MDM pihak ketiga
Anda mesti memaut ke sekurang‑kurangnya satu penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) pihak ketiga dalam Apple School Manager sebelum anda boleh mula menugaskan peranti.
Langkah 3: Tambahkan peranti anda ke Apple School Manager
Peranti yang dibeli dengan Nombor Pelanggan Apple anda atau Nombor Penjual Semula muncul secara automatik dalam Apple School Manager. Anda juga boleh menambah peranti yang anda miliki secara manual menggunakan Apple Configurator. Lihat Tambah peranti daripada Apple Configurator.
Langkah 4: Tugaskan peranti ke pelayan MDM
Selepas peranti muncul dalam Apple School Manager, anda mesti menugaskannya ke pelayan MDM. Anda boleh menugaskan peranti secara manual ke pelayan MDM atau menyediakan tugasan automatik. Lihat Tugaskan, tugaskan semula atau batalkan tugasan peranti.
Langkah 5: Daftarkan peranti dalam MDM
Peranti kini boleh didaftarkan dalam MDM, supaya dasar pengurusan boleh digunakan. Anda boleh mendaftarkan peranti yang anda miliki secara automatik atau pengguna boleh mendaftarkan peranti mereka secara manual. Apabila pengguna mendaftarkan peranti mereka, peranti tersebut ditugaskan ke MDM dan ditambahkan ke senarai peranti dalam Apple School Manager.