Cara mencari dalam Apple School Manager
Dalam Apple School Manager, anda boleh mencari aktiviti, lokasi, akaun pengguna, kelas, peranti, app dan buku supaya anda dapat mencari dengan tepat perkara yang anda inginkan. Bergantung pada peranan, anda mungkin tidak dapat mencari semua item.
Cari item
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan akaun anda.
Dalam bar sisi, pilih kategori yang ingin anda cari dalamnya.
Untuk menyediakan kriteria carian dalam kategori, pilih butang Tapis dalam bar carian untuk menapis hasil carian anda. (Pilih butang Tambah untuk menambah lebih banyak penapis pada carian anda.)
Aktiviti
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Aktiviti.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Nama aktiviti | Seperti “Nyahaktifkan akaun” |
Status aktiviti | Sedang dijalankan, Berjaya diselesaikan, Diselesaikan dengan isu, Diselesaikan dengan ralat pelayan, dan Dihentikan secara manual |
Tarikh acara aktiviti | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Lihat Lihat aktiviti.
Lokasi
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Lokasi.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Sumber | Manual, OIDC (Google Workspace, Microsoft Entra ID atau pembekal identiti) SIS, SFTP |
Dasar kata laluan | Standard, 4 digit, 6 digit |
Tarikh dicipta | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Lihat Konfigurasikan lokasi.
Pengguna
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Pengguna.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Status | Baharu, Aktif, Dinyahaktifkan, Dikunci |
Sumber | Manual, OIDC (Google Workspace, Microsoft Entra ID atau pembekal identiti) SIS, SFTP |
Dasar kata laluan | Standard, 4 digit, 6 digit |
Pengesahan | Apple, Penyepaduan |
Lokasi | Lokasi sedia ada |
Peranan | Pentadbir, Pengurus Laman, Pengurus Individu, Pengurus Pendaftaran Peranti, Pengurus Kandungan, Pengurus, Kakitangan, Pengajar, Pelajar |
Gred | Tahap gred sedia ada |
Domain e‑mel | Domain e‑mel sedia ada |
Domain | Domain sedia ada |
Tarikh dicipta | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Tarikh diubah suai | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Permintaan Schoolwork
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Permintaan Schoolwork.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Lokasi | Lokasi sedia ada |
Status | Menunggu, Diluluskan, Ditolak |
Kelas
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Kelas.
Cari untuk | Pilihan |
---|---|
Sumber | Manual, OIDC (Google Workspace, Microsoft Entra ID atau pembekal identiti) SIS, SFTP |
Lokasi | Lokasi sedia ada |
Pengajar | Pengajar sedia ada |
Tarikh dicipta | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Tarikh diubah suai | Dalam masa: 1 jam, 24 jam, 7 hari, 30 hari terakhir |
Lihat Cipta kelas secara manual.
App
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori App.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Platform | Apple TV, iPad, iPhone, Mac, Buku |
Isu | Lokasi sedia ada |
Peranti
Anda dapat mengehadkan carian anda dalam kategori Peranti.
Tapis untuk | Pilihan |
---|---|
Pengurusan peranti | Anda boleh menugaskan semula peranti dari satu pelayan MDM ke pelayan yang lain. Sebagai contoh, anda mungkin ingin mengagihkan beban 10,000 peranti dari satu pelayan MDM ke tiga atau empat pelayan. |
Sumber | Anda boleh menugaskan peranti dari sumber yang berbeza. Sebagai contoh, anda boleh membeli semua peranti iPhone dan iPad dari satu sumber dan semua komputer Mac dari sumber yang lain. Sumbernya ialah:
|
Nombor pesanan | Menugaskan peranti melalui nombor pesanan boleh diterima jika pelayan MDM tunggal digunakan untuk mengerahkan keseluruhan peranti (atau pesanan tunggal) dan jika peranti masih dalam pembungkusan asalnya dan akan dihantar terus kepada pengguna. |
Jenis peranti | Anda boleh menugaskan peranti mengikut jenis dan model ke pelayan MDM tertentu. Kaedah ini boleh diterima jika peranti yang perlu anda tugaskan semuanya diurus dengan cara yang sama. Anda boleh mencari jenis peranti menggunakan medan carian di bahagian atas tetingkap. |
Saiz storan | Anda boleh menugaskan peranti mengikut jumlah storan yang disertakan semasa peranti dibeli. Contohnya, anda mungkin ingin menugaskan semua komputer MacBook Pro dengan storan 1 terabait ke pelayan MDM yang digunakan oleh jabatan grafik anda. |
Nombor siri | Anda boleh menampal hingga 1024 nombor siri dari fail teks, dengan setiap nombor siri dipisahkan oleh koma. |
Lihat Aliran kerja peranti.