Lihat maklumat yang disimpan dalam rantai kunci pada Mac
Akses Rantai Kunci membolehkan anda melihat kekunci, sijil, kata laluan, maklumat akaun, nota atau maklumat lain yang disimpan dalam rantai kunci.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, jika anda tidak melihat senarai rantai kunci, pilih Lihat > Tunjukkan Rantai Kunci.
Pilih rantai kunci yang anda ingin lihat.
Untuk melihat maklumat lanjut tentang item, dwikliknya.
Petua: Untuk melihat maklumat dalam item yang dipilih dengan cepat, klik butang Info dalam bar alat.
Jika item itu adalah kekunci:
Anak tetingkap Atribut dalam tetingkap Dapatkan Info memberikan maklumat mengenal pasti asas sesuatu item, seperti nama dan jenisnya.
Jika anda ingin melihat kata laluan untuk sesuatu item, klik “Tunjukkan kata laluan,” kemudian masukkan kata laluan untuk rantai kunci yang mengandungi item tersebut.
Anak tetingkap Kawalan Akses dalam tetingkap Dapatkan Info membolehkan anda menentukan sama ada anda memerlukan kata laluan untuk menggunakan item. Sebagai contoh, jika anda memilih “Minta kata laluan Rantai Kunci” untuk sesuatu item, anda perlu taipkan kata laluan rantai kunci serta kata laluan item untuk mendapat akses ke item itu.
Jika item itu ialah sijil:
Bahagian Kepercayaan memaparkan butiran tentang polisi kepecayaan. sijil.
Bahagian Butiran memaparkan maklumat tentang sumber dan parameter sijil.