Cipta keutamaan sijil dalam Akses Rantai Kunci pada Mac
Jika anda berkomunikasi melalui e-mel dengan seseorang yang menggunakan sijil berlainan untuk alamat e-mel berlainan, anda boleh mencipta keutamaan sijil untuk menentukan sijil untuk digunakan apabila anda e-mel mereka.
Cipta keutamaan sijil baru
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Sijil dalam senarai Kategori.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Pilih sijil yang anda mahu gunakan dan pilih Fail > Keutamaan Sijil Baru.
Pilih Fail > Keutamaan Sijil Baru, klik menu timbul Sijil, kemudian pilih sijil yang anda mahu gunakan.
Dalam kotak Lokasi atau Alamat E-mel, masukkan lokasi (URL) atau alamat e-mel yang memerlukan sijil.
Klik Tambah.
Untuk menyemak keutamaan sijil yang anda telah cipta, klik tajuk lajur Jenis semasa anda melihat sijil anda, kemudian cari “keutamaan sijil” dalam lajur Jenis.
Keluarkan keutamaan sijil
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, pilih “log masuk” dalam senarai Rantai Kunci.
Pilih Semua Item dalam senarai Kategori.
Klik tajuk lajur Jenis untuk mengisih semua item mengikut jenis, kemudian skrol ke bawah sehingga anda melihat keutamaan sijil anda disenaraikan.
Pilih keutamaan sijil dan tekan Delete, kemudian klik Padam.