Tentukan jika sijil adalah sah menggunakan Akses Rantai Kunci pada Mac
Gunakan Pembantu Sijil dalam Akses Rantai Kunci untuk menilai sijil dengan melihat polisi kepercayaannya untuk menentukan jika ia sah.
Buka Akses Rantai Kunci untuk saya
Dalam app Akses Rantai Kunci pada Mac anda, klik Sijil dalam senarai Kategori, kemudian dwiklik sijil yang anda mahu nilai.
Pilih Akses Rantai Kunci > Pembantu Sijil > Menilai [nama sijil].
Pilih polisi kepercayaan:
Untuk menilai sijil e-mel, pilih S/MIME, kemudian taip alamat e-mel pengirim.
Untuk menilai pelayan web, pilih SSL, kemudian masukkan URL pelayan hos. Untuk bertanya hos tentang sijil, pilih Minta Hos Untuk Sijil.
Untuk menilai jenis sijil lain, pilih Generik.
Untuk melihat maklumat tentang sijil ditandatangani, pilih Tandatangan Kod.
Untuk penerangan tentang sijil dan polisi kepercayaan, klik Ketahui Lanjut.
Klik Teruskan.