Benarkan Mac untuk memainkan pembelian iTunes Store
Untuk memainkan banyak pembelian daripada iTunes Store, anda mesti benarkan komputer anda menggunakan Apple ID dan kata laluan anda. (Pengesahan membantu melindungi hak cipta item yang dibeli.)
Anda boleh membenarkan atau menyahbenarkan komputer pada bila-bila masa.
Benarkan komputer untuk memainkan pembelian iTunes Store
Anda boleh membenarkan sehingga lima komputer (Mac, PC, atau kedua-duanya) pada satu masa. Untuk memainkan item yang dibeli pada komputer keenam, anda perlu nyahbenarkan komputer lain. iPhone, iPad, iPod, atau Apple TV tidak diambil kira sebagai komputer.
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Akaun > Kebenaran > Benarkan Komputer Ini.
Jika diminta, masukkan kata laluan Apple ID anda untuk mengesahkan.
Nyahbenarkan komputer tunggal
Pastikan anda nyahbenarkan komputer sebelum anda menjual atau memberinya kepada orang lain. Ini menghalangnya daripada terus dikira sebagai satu daripada komputer dibenarkan anda dan daripada memainkan pembelian iTunes Store anda.
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Akaun > Kebenaran > Nyahbenarkan Komputer Ini.
Jika diminta, masukkan kata laluan Apple ID anda.
Nyahbenarkan semua komputer dibenarkan
Jika anda terlupa untuk menyahbenarkan komputer yang anda sudah tidak miliki dan anda mempunyai lima komputer yang dibenarkan, anda boleh menyahbenarkan semua komputer dibenarkan anda serentak. Anda boleh menggunakan kaedah ini sekali setahun.
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Akaun > Seting Akaun, kemudian daftar masuk (jika perlu).
Di sebelah kanan, klik Nyahbenarkan Semua.
Jika anda mempunyai masalah untuk menyahbenarkan komputer, lihat artikel Sokongan Apple Benarkan atau nyahbenarkan komputer anda untuk pembelian iTunes Store.