Gunakan berbilang pustaka dalam Muzik pada Mac
Anda boleh memiliki lebih daripada satu pustaka muzik dalam Muzik. Contohnya, anda mungkin ada pustaka muzik musim cuti yang tidak akan muncul dalam Muzik sepanjang tahun. Atau anda boleh menyimpan sesetengah muzik anda dalam pustaka pada peranti storan luaran.
Cipta atau pilih pustaka
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Muzik > Keluar daripada Muzik.
Tahan kekunci Option sambil anda membuka semula Muzik.
Dalam tetingkap yang muncul, lakukan salah satu daripada berikut:
Cipta pustaka baharu: Klik Cipta Pustaka.
Pilih pustaka lain: Klik Pilih Pustaka.
Anda boleh menamakan pustaka baharu anda (folder yang mengandungi kandungan Muzik anda) sesuka hati anda. Untuk hasil terbaik, jika anda mencipta pustaka muzik tambahan, jangan menamakan pustaka baru sebagai “Muzik” atau “Muzik Baharu”. Pastikan bahawa setiap pustaka mempunyai nama yang unik agar anda dapat membezakannya.
Setkan keutamaan pustaka
Dalam setiap pustaka yang anda cipta, anda boleh memilih keutamaan berlainan untuk folder Media Muzik, jenis kandungan yang dipaparkan dan nama pustaka.
Selepas memilih pustaka dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Muzik > Keutamaan. Lihat Tukar keutamaan Fail.