Tambah dan muat turun muzik pada Mac
Sebaik sahaja anda menyertai Apple Music, anda boleh menambahkan lagu, album, senarai main dan video muzik daripada Apple Music ke pustaka muzik anda, yang boleh diakses daripada Mac, iPhone, iPad, atau iPod touch anda pada bila-bila masa anda mendaftar masuk ke Muzik.
Selepas anda menambahkan muzik ke pustaka muzik, anda boleh memuat turunnya ke komputer atau peranti anda untuk dimainkan pada bila-bila masa, walaupun anda di luar talian.
Nota: Anda tidak boleh menambah dan memuat turun muzik dalam Pelan Apple Music Voice. Apple Music, Apple Music Voice, lossless dan Dolby Atmos tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Tambah muzik ke pustaka anda
Dalam app Muzik pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut untuk mencari muzik yang anda mahu tambahkan:
Lihat pengesyoran yang diperibadikan untuk anda: Klik Dengar dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian cari muzik yang anda mainkan baru-baru ini, senarai main peribadi yang dicipta untuk anda, genre yang mungkin anda suka dan banyak lagi.
Lihat perkara baharu dalam Apple Music: Klik Layari dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian cari muzik mengikut perasaan, keluaran baharu, carta dan banyak lagi.
Cari dalam katalog Apple Music: Lihat Cari muzik.
Untuk menambah muzik ke pustaka muzik anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Alihkan penuding ke atas item, kemudian klik butang Tambah .
Alihkan penuding ke atas item (seperti lagu atau album), klik butang Lagi , kemudian pilih Tambah ke Pustaka.
Seret item ke bar sisi.
Sebagai contoh, apabila anda menyeret lagu, anda boleh menambahnya ke pustaka atau senarai main khusus.
Nota: Apabila anda menambah senarai main Apple Music ke pustaka anda, lagu dalam senarai main dikemas kini pada bila-bila masa pemilik mengemas kininya; namun, lagu individu tidak kelihatan dalam senarai lagu anda.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, sama ada anda belum mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda, anda belum menyertai Apple Music, atau pilihan Selaraskan Pustaka tidak dipilih dalam keutamaan Muzik: Pilih Muzik > Keutamaan, klik Umum, pastikan Selaraskan Pustaka dipilih, kemudian klik OK.
Siri: Cakap sesuatu seperti: “Tambah lagu ini ke pustaka saya.” Ketahui cara untuk minta Siri.
Muat turun muzik ke komputer anda
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik sebarang pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi. Sebagai contoh, klik Lagu untuk melihat semua lagu dalam pustaka anda.
Untuk memuat turun muzik yang anda telah tambahkan ke pustaka muzik ke komputer anda, gerakkan penuding ke atas item, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik butang Muat Turun .
Klik butang Lagi , kemudian pilih Muat Turun.
Jika muzik yang anda sedang muat turun tersedia dalam Dolby Atmos, butang Dolby kelihatan bersebelahan item dan anda boleh memuat turunnya sama ada dalam Dolby Atmos atau dalam stereo. Untuk memuat turun muzik dalam Dolby Atmos apabila tersedia, pilih Muzik > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih kotak semak Muat Turun Dolby Atmos. Lihat Dengar audio ruang dalam Dolby Atmos.
Nota: Muzik yang anda muat turun daripada Apple Music ke komputer anda tidak boleh dibakar ke cakera atau dipindahkan secara manual ke peranti, seperti iPhone, iPad atau iPod. Muzik hanya boleh dimuat turun ke peranti terus daripada Apple Music. Lihat Pengenalan kepada penyelarasan Mac anda dan peranti anda.