Gunakan Genius Shuffle atau Senarai Main Genius dalam Muzik pada Mac
Anda boleh menggunakan Genius untuk menjadikan Muzik memainkan lagu daripada pustaka anda yang sesuai dimainkan bersama. Terdapat dua cara anda boleh menggunakan Genius:
Genius Shuffle: Jika anda tidak dapat menentukan lagu untuk didengar, gunakan Genius Shuffle—Muzik memilih lagu daripada pustaka anda dan kemudian memainkan lagu yang sesuai dengannya.
Nota: Untuk menggunakan Genius Shuffle, anda memerlukan lagu yang mencukupi dalam pustaka anda untuk menjana senarai lagu tambahan.
Senarai Main Genius: Pilih lagu dan Muzik akan mencipta senarai main lagu yang sesuai dimainkan bersama.
Untuk mencipta Senarai Main Genius dan Genius Shuffle, Muzik menggunakan maklumat tanpa nama tentang pustaka anda dan pustaka Muzik lain. iTunes Store mengemas kini data Genius dengan kerap berdasarkan maklumat baharu daripada iTunes Store dan pustaka pelanggan.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Aktifkan atau nyahaktifkan Genius
Genius ialah perkhidmatan percuma. Untuk menggunakan Genius, anda mesti mengaktifkan Genius (pada setiap komputer yang anda mahu gunakannya), disambungkan ke internet dan memiliki Akaun Apple.
Penting: Jika pustaka muzik anda diselaraskan ke berbilang peranti, anda tidak boleh menyahaktifkan Genius.
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Pilih Fail > Pustaka > Aktifkan Genius (atau Nyahaktifkan Genius).
Menyahaktifkan Genius akan menyahaktifkan Senarai Main Genius dan Genius Shuffle.
Cipta Senarai Main Genius
Senarai Main Genius kelihatan dalam bar sisi, di bawah Senarai Main Muzik. Senarai Main Genius mempunyai ikon Genius bersebelahannya.
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Klik Lagu dalam bar sisi, pilih lagu, kemudian pilih Fail > Baharu > Senarai Main Genius.
Untuk membuat perubahan pada senarai main, lakukan satu daripada berikut:
Tukar bilangan maksimum lagu dalam Senarai Main Genius: Klik bersebelahan jumlah lagu dan pilih nombor daripada menu timbul.
Dapatkan lagu baharu berdasarkan lagu yang sama: Klik Segar Semula.
Gunakan Genius Shuffle
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Pilih Kawalan > Genius Shuffle atau tekan Option-bar Space.
Petua: Anda juga boleh menekan dan menahan kekunci Option semasa lagu dimainkan, kemudian klik dalam kawalan main balik.
Untuk menukar pilihan lagu, ulangi langkah-langkah di atas.
Untuk memadamkan senarai main, pilihnya dan tekan kekunci Delete. Lihat Padamkan lagu dan item lain.
Hasil Genius anda dikemas kini sekali seminggu secara automatik apabila Muzik dibuka. Anda boleh mengemas kininya secara manual—contohnya, apabila anda menambah lagu baharu ke pustaka anda daripada CD atau tapak web atau jika lagu tidak mempunyai cadangan Genius. Pilih Fail > Pustaka > Kemas Kini Genius.