Sertai senarai main kolaboratif dalam Muzik pada Mac
Jika anda melanggan Apple Music dan seseorang menjemput anda untuk bekerjasama pada senarai main, anda boleh menyertainya dan kemudian menambah, mengeluarkan atau menyusun semula muzik dalam senarai main kolaboratif, serta memberikan reaksi dengan emoji kepada lagu.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Klik pautan yang anda terima, kemudian klik Sertai atau Minta untuk Menyertai (jika kelulusan oleh hos diperlukan).
Selepas anda membuka senarai main, ia kelihatan dalam bar sisi dengan ikon bekerjasama di sebelah namanya.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah lagu ke senarai main kolaboratif: Lihat Tambah item ke senarai main.
Tukar tertib lagu: Pilih Paparan > Isih Ikut. Apabila anda memilih Paparan > Isih Ikut > Tertib Senarai Main, anda boleh menyusun semula lagu dengan meyeret.
Keluarkan item: Pilih item dan tekan kekunci Delete.
Berikan reaksi kepada lagu dengan emoji: Lihat Tambahkan reaksi kepada senarai main kolaboratif.
Jemput orang lain dengan pautan: Klik Kongsi Pautan Jemputan. Lihat Tambah lebih ramai orang untuk bekerjasama pada senarai main.
Nota: Jika anda hos senarai main kolaboratif, atau hos tidak mengaktifkan Luluskan Kolaborator, anda boleh berkongsi pautan ke senarai main.