Sesuaikan pintasan
Secara lalai, pintasan baru memaparkan ikon tongkat sakti dan salah satu daripada 15 warna. Anda boleh menyesuaikan penampilan pintasan (segi empat berwarna dalam Pustaka) dengan menukar warnanya dan memberinya ikon yang lebih mewakili tugasnya.
Anda juga boleh menukar nama pintasan tersuai yang disimpan atau pintasan yang anda tambah daripada Galeri.
Sesuaikan penampilan pintasan
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan yang anda mahu ubah suai.
Dalam editor pintasan, ketik untuk membuka Seting.
Ketik baris Ikon, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar warna pintasan: Ketik Warna, kemudian ketik sampel warna.
Tukar glif (ikon) pintasan: Ketik Glif, ketik kategori di bahagian bawah skrin (Objek, Orang dan seterusnya), kemudian ketik ikon.
Untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan Skrin Utama, lihat Tambah ikon pintasan tersuai ke skrin Utama.
Untuk menyimpan perubahan anda, ketik Selesai.
Ketik Selesai lagi untuk kembali ke editor pintasan, kemudian ketik Selesai (sekali lagi!) untuk melihat pintasan yang dikemas kini dalam Pustaka.
Tukar nama pintasan
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan yang anda mahu ubah suai.
Dalam editor pintasan, ketik untuk membuka Seting.
Ketik baris Nama, ketik , taipkan nama baru, kemudian ketik Selesai.
Ketik Selesai lagi untuk kembali ke editor pintasan.
Nama baru muncul di bahagian atas editor pintasan dan pada pintasan dalam Pustaka.