Tambah pintasan ke Peringatan menggunakan Siri
Anda boleh menggunakan Siri untuk menambah pintasan ke app Peringatan, menentukan pintasan yang akan ditunjukkan pada masa atau lokasi tertentu. Contohnya, anda boleh jadualkan peringatan untuk menjalankan pintasan Log Berat setiap pagi, atau untuk memaparkan pintasan ETA Rumah apabila anda bertolak dari tempat kerja.
Dalam Pustaka app Pintasan , ketik pada pintasan untuk membukanya, panggil Siri, kemudian katakan, “Ingatkan saya tentang ini.”
Nota: Anda juga boleh menggunakan frasa Siri alternatif seperti “Tambah ini ke senarai Kerja saya” atau “Ingatkan saya tentang Sabtu ini pada 2 ptg.”
Siri memahami bahawa anda melihat pintasan dan mencipta peringatan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bercakap dengan Siri, lihat Minta Siri pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone.
Pintasan ditambah ke senarai Peringatan lalai anda. Nama pintasan ialah tajuk peringatan.
Untuk menjalankan pintasan daripada Peringatan, ketik ikon Pintasan dalam senarai.