Gunakan pemboleh ubah Minta Apabila Dijalankan dalam pintasan
Pemboleh ubah Minta Apabila Bermula membenarkan anda melaraskan parameter tindakan pada masa jalanan. Menggunakan pemboleh ubah Minta Apabila Bermula, anda boleh menunggu untuk memutuskan cara tindakan beroperasi sehinggan pintasan dijalankan.
Semasa pintasan dijalankan, setiap tindakan dilengkapkan sehingga pintasan mencapai tindakan yang mengandungi pemboleh ubah Minta Apabila Bermula. Pada masa itu, pintasan dijeda, menggesa anda untuk mengemas kini parameter tindakan. Sebaik sahaja anda mengetik Selesai, pintasan terus dijalankan.
Untuk menambah pemboleh ubah Minta Apabila Bermula ke parameter, ketik ruang kosong dalam baris parameter tindakan, kemudian ketik Minta Apabila Bermula. Setiap kali pintasan dijalankan, anda diminta untuk mengesahkan pilihan anda untuk parameter. Untuk memasukkan pemboleh ubah Minta Apabila Bermula dalam tindakan dengan medan teks, ketik medan teks, kemudian ketik Minta Apabila Bermula (dalam bar Pemboleh Ubah yang muncul di atas papan kekunci).
Menggunakan pemboleh ubah Minta Apabila Bermula mungkin membantu untuk melaraskan pilihan semasa dalam proses, seperti pilihan untuk Tunjukkan Karang Helaian dalam tindakan Hantar E-mel.