Mengendalikan kamus menggunakan tindakan Dapatkan Nilai Kamus dalam Pintasan
Untuk mendapatkan nilai untuk kunci tertentu dalam kamus, anda boleh menggunakan tindakan Dapatkan Nilai Kamus dan menentukan nama kunci. Untuk mendapatkan ramalan harian, tambah tindakan Dapatkan Nilai Kamus dan setkannya ke daily
.
Jika anda mahukan ringkasan cuaca, anda boleh menggunakan tindakan Dapatkan Nilai Kamus dengan summary
.
Ramalan terperinci untuk setiap hari disimpan dalam daily
sebagai kamus yang dipanggil data
.
Perhatikan bahawa kamus data
sebenarnya ialah senarai kamus, yang diwakili pada permulaan oleh kurungan kiri([
) dalam JSON. Dalam imej di atas, senarai lapan item (dikenal pasti oleh titik halaman di atas medan carian) ialah output daripada tindakan Dapatkan Nilai Kamus. Ini mewakili data ramalan untuk setiap hari yang diminta daripada API yang mengembalikan hari ini dan tujuh hari seterusnya menjadi senarai lapan kamus data.
Untuk mendapatkan maklumat tentang bekerja dengan berbilang item dalam kamus, lihat Mengendalikan senarai menggunakan tindakan Ulang Dengan Setiap dalam Pintasan.