Tukar seting untuk AirPods Max
Pada iPhone, iPad, atau Mac, anda boleh menukar seting untuk AirPods Max. Contohnya, anda boleh menyesuaikan tindakan yang dilaksanakan apabila anda memutar Digital Crown atau menekan butang kawalan bunyi, menyahaktifkan pengesanan kepala automatik dan banyak lagi.
Tukar cara Digital Crown berfungsi
Anda boleh menukar arah anda memutar Digital Crown untuk meningkatkan kelantangan pada AirPods Max.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin. Pilih Digital Crown, kemudian pilih pilihan.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi. Di sebelah kanan, pilih pilihan di sebelah “Naikkan Kelantangan dengan Memutar Digital Crown”.
Sesuaikan butang kawalan bunyi.
Anda boleh menekan butang kawalan bunyi pada fon kepala kanan AirPods Max untuk bertukar antara mod Pembatalan Bunyi Aktif dan Ketelusan.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin. Pilih mod yang anda mahu akses dengan butang kawalan bunyi. Apabila anda mendengar audio dengan peranti anda dan anda menekan butang kawalan bunyi pada AirPods Max, ia mengitar menerusi semua pilihan yang anda pilih pada peranti anda.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi. Di sebelah kanan, pilih pilihan di sebelah “Tekan butang untuk mengitar”. Apabila anda mendengar audio dengan Mac anda dan anda menekan butang kawalan bunyi pada AirPods Max, ia mengitar menerusi semua pilihan yang anda pilih pada Mac anda.
Nyahaktifkan pengesanan kepala automatik
AirPods Max anda berhenti memainkan audio secara automatik apabila anda mengeluarkannya dan meneruskan main balik apabila anda meletakkannya kembali. Anda boleh menukar seting ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pengesanan Kepala Automatik.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama AirPods anda dalam bar sisi, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan “Pengesanan kepala automatik”.
Tukar cara anda menamatkan panggilan atau menyenyapkan diri anda dengan AirPods Max anda
Secara lalai, anda boleh dwiklik Digital Crown pada AirPods Max anda untuk menamatkan panggilan, serta tekan sekali untuk menenyapkan dan menyahsenyapkan. Anda boleh menukar tindakan ini.
Pakai AirPods Max anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin. Ketik Tamatkan Panggilan atau Senyap & Nyahsenyap, kemudian pilih Tekan Sekali atau Tekan Dua Kali. Pilihan lain bertukar secara automatik.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi. Di sebelah kanan, pilih pilihan di sebelah “Tamatkan Panggilan” atau “Senyap & nyahsenyap”. Pilihan lain bertukar secara automatik.
Anda juga boleh menukar kelantangan kesan bunyi yang dimainkan oleh AirPods anda. Lihat Laraskan kelantangan kesan bunyi untuk AirPods.