Dapatkan maklumat tentang AirPods anda
Jika anda memerlukan maklumat tentang AirPods anda, seperti nama model, nombor siri atau versi perisian tegar, anda boleh mencari dalam Seting pada iPhone atau iPad anda, atau dalam Seting Sistem pada Mac anda.
Sesetengah maklumat juga dicetak terus pada AirPods anda.
iPhone atau iPad: Pakai AirPods anda, pergi ke Seting pada iPhone atau iPad anda, kemudian ketik nama AirPods anda di bahagian atas skrin.
Mac: Pakai AirPods anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama AirPods anda dalam bar sisi.
Pada AirPods anda: Cari nombor siri dan model di bahagian bawah setiap AirPods anda, atau di bawah kusyen kiri AirPods Max anda.
Untuk mendapatkan sokongan dan maklumat penyelesaian masalah, pergi ke apple.com/support/en-my.