Dapatkan isyarat pemisahan jika anda tertinggal AirPods anda
Apabila rangkaian Cari diaktifkan, anda boleh menggunakan app Cari untuk mengesetkan isyarat untuk memberi amaran kepada anda jika anda tertinggal AirPods 3, AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif, AirPods Pro (semua generasi), atau AirPods Max anda. Anda boleh mengesetkan lokasi dipercayai, seperti rumah anda dan menerima pemberitahuan pada iPhone, iPad, Mac, atau Apple Watch anda apabila anda meninggalkan AirPods anda di tempat lain.
Aktifkan isyarat pemisahan pada iPhone atau iPad
Pergi ke app Cari, , ketik Peranti, kemudian ketik nama AirPods anda.
Di bawah Pemberitahuan, ketik Maklumkan Apabila Tertinggal.
Aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk menambah lokasi dipercayai, pilih lokasi dicadangkan, atau ketik Lokasi Baharu, pilih lokasi pada peta, kemudian ketik Selesai.
Ketik Selesai.
Penting: Jika anda mahu menerima isyarat pemisahan, pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Semak Lihat dan balas pemberitahuan dalam Panduan Pengguna iPhone, atau Lihat dan balas pemberitahuan dalam Panduan Pengguna iPad.
Aktifkan isyarat pemisahan pada Apple Watch
Pergi ke app Cari Peranti , kemudian ketik nama AirPods anda.
Skrol ke atas, kemudian ketik Maklumkan Apabila Tertinggal.
Aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal.
Aktifkan isyarat pemisahan pada Mac
Pergi ke app Cari , kemudian klik Peranti.
Klik AirPods anda, kemudian klik .
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal.
Aktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk menambah lokasi dipercayai, pilih lokasi dicadangkan, atau klik Lokasi Baharu, pilih lokasi pada peta, kemudian klik Selesai.
Klik Selesai.